Thursday, June 10, 2010

hadiah.

Lama Gadis tunggu Jaka. Genap sebulan tidak bersua. Apa Jaka buat salah? Apa Jaka sibuk benar? Gadis malas berfikir berat. Hari ini hari jadi. Gadis dua puluh tiga. Kembang jiwa rasa istimewa. Bekerja seharian senyum-senyum. Bertemu rakan ketawa-ketawa. Indahnya hidup, bisik Gadis. Lewat malam Gadis muram. Hampir jam dua belas. Gadis makin kurang istimewa. Minda kembali ke Jaka. Hati rindu; mana Jaka? Hati sunyi, telefon Jaka. Aku ada, Jaka balas. Kenapa tidak jumpa aku? Muncung-muncung bibir Gadis. Lihat isi peti suratmu. Suara Jaka lembut, mendatar. Gadis sengih ke telinga. Jaka kirim aku hadiah! Baling telefon atas katil. Lari-lari turun tangga. Dada debar, buka peti. Kotak comel beriben merah! Ini disibukkan selama ini! Ternyata Jaka sayang aku. Tidak pernah kecewakan aku. Aku tentu kekasih bagus. Kerana itu Jaka sayang! Pantas Gadis melerai riben. Dari kotak, keluar patung. Cantiknya…. tapi, patung lelaki? Kepala tidak gatal digaru. Gadis mengamati si patung. Diperbuat kayu, seninya halus. Senyumnya manis, matanya cahaya. Bajunya persis baju Jaka. Sepatunya juga sama Jaka. Memang patung paling sempurna. Tiba-tiba jatuh nota. Gadis kutip dan baca.
      Gadis,
      Kau mahu aku bila aku gembira, atau bila kau sedih.
      Kau tidak mahu aku bila aku sedih, bila kau gembira.
      Mulai sekarang ini Jakamu.
      Aku ukir sempurna buatmu.
      -Wani Ardy.
      ***
      something about this story caught my attention. 

      No comments: